Isnin, 15 April 2019

Doa Minta Dikembalikan Barang Yang Hilang/ Dicuri

Tanggal 14.04.2019 hari Ahad,

Ini doa yang saya amalkan berikutan hp saya yang tercicir. saya terus google terjumpa la page ni https://lifegotstory.blogspot.com. Saya terus amalkan ayat dan selawat seperti dibawah.

1. Baca surah al- hasyr mula ayat 18 sampai habis. niatkan nak jumpa barang balik.
kalau Allah izinkan dan memang rezeki kita, pencuri akan rasa panas punggung, menggelisah dan rasa bersalah.

2. selawat tafrijiyyah baca 4 kali/ 44 kali/ 100 kali.





yakinlah pada Allah. tu yang paling penting.



Alhamdulillah selepas mengamalkan selawat diatas di tempat kerja sehinggalah slps magrib saya kembali menyambung membaca selawat diatas,.saya mendapat panggilan dari kawan yg hp saya ada dijumpai orang. Dipendekkan cerita ,pg esok nya saya & kawan terus ke rumahnya utk mengambil hp tersebut.terima kasih kepadanya kerana berikan kembali hp saya. mkin orang tu rasa panas punggung atau rasa serba salah.


yang Pasti Yakin Pada Allah.